Make your own free website on Tripod.com
TAPAK PERKHEMAHAN
 

Anda mestilah mendaftar di Pejabat Renjer atas segala alatan dan makanan yang anda bawa. Bayaran sebanyak RM 10/seorang untuk tapak perkhemahan dan deposit RM 10 juga dikenakan.

Beberapa peraturan yang perlu diikuti apabila anda memasuki Gunung Ledang :

  1. Anda hendaklah mendaftar dengan Pejabat Renjer.
  2. Anda mestilah membawa balik semua plastik dan kertas yang anda bawa masuk ke Gunung Ledang. Pihak Renjer akan memeriksa untuk memastikan bilangannya tepat. Jika tidak, anda akan dikenakan kompaun sebanyak RM 10 bagi setipa barangan yang terkurang.
  3. Anda tidak dibenarkan untuk berkhemah di puncak dan turun melalui laluan Stesen Telekom.

Kawasan Tapak Perkhemahan

Tapak Pertama : Air Terjun Puteri

Daripada Pejabat Renjer, anda hendaklah berjalan melalui laluan yang tersedia selama lebih kurang 20 minit sebelum tiba ke Air Terjun Puteri.

Tapak Kedua : Kolam Puteri (900ft)

Daripada Air Terjun Puteri, lebih kurang 25 minit diperlukan untuk tiba di Kolam Puteri.

Tapak Ketiga : Kolam Gajah (2050ft)

Daripada Kolam Puteri, lebih kurang 50 minit hingga 1 jam diperlukan untuk sampai ke Kolam Gajah. Sebelu anda tiba di Kolam Gajah, anda akan terlebih dahulu tiba ke suatu tempat yang bernama Kolam Anak Gajah. Daripada Kolam Anak Gajah, anda perlu memilih sama ada untuk menggunakan laluan kembar atau laluan Bukit Semput to sampai ke Kolam Gajah.

Tapak Keempat : Sungai Segitiga (2200ft)

Daripada Kolam Gajah, anda haruslah melaui 2 bukit dan ini akan mengambil masa sehingga 1 jam setengah untuk sampai ke Sungai Segitiga. Di sini, adalah mudah untuk mendapatkan kawasan perkhemahan yang baik kerana kawasan di sini adalah rata.

Tapak Kelima : Bukit Botak

Bukit Botak adalah tapak perkhemahan yang terakhir yang ada sebelum tiba ke puncak. Ini adalah kawasan terakhir yang mempunya sumber air - tiada sumber air di puncak gunung. Dari sini, anda akan melalui suatu kawasan yang dinamakan 'KFC'. Perjalanan daripada Sungai Segitiga adalah sangat mencabar, di mana anda akan melalui sebuah gua yang bernama Gua Kambing, kawsan curam dan sebatang anak sungai. Anda juga akan dapat melihat pokok bonsai sepanjang perjalanan ke Bukit Botak.

 

 


Kolam Gajah

 


Sungai segitiga

 


Di puncak

 

Muka Utama | Resort | Aktiviti | Panduan Perjalanan

Tapak Perkhemahan | Jejak | Peta Jejak | Legenda

Keluar