Make your own free website on Tripod.com
RESORT GUNUNG LEDANG

 

Resort Gunung Ledang  mempunyai pusat aktiviti luar yang komprehensif, meliputi  rockface climbing, mountain biking, memanah, blowpipe, night trekking dan aktiviti serta program untuk pembentukan jati diri dan pembinaan karektor.

Sebagai sebuah destinasi percutian yang popular terutamanya di kalangan pelajar sekolah, Gunung Ledang memenuhi keperluan setiap kanak - kanak yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak. Aktiviti - aktiviti luar yang pelbagai membolehkan pelajar dan kanak - kanak belajar menghargai alam semula jadi sambil membentuk keperibadian mereka.

Sebagai satu - satunya resort di Gunung Ledang, resort ini memiliki :
  • 40 Bilik Biasa
  • 10 Bilik Deluxe
  • 10 Bilik Family Deluxe
  • 30 Kabin Hutan ( ringkas, tetapi mampu memberi perlindungan daripada hujan dan haiwan liar!)

Gunung Ledang adalah sebuah destinasi popular di kalangan penggemar aktiviti lasak, dan membenarkan seseorang individu untuk menyelami keinddahan alam dan bersatu dengannya.

Resort Gunung Ledang adalah satu - satunya resort yang terdapat di sini.Resort ini menawarkan suatu pakej menarik kepada sesiapa yang mengidamkan kenikmatan alam semula jadi yang mencabar dalam keadaan yang selamat.

Kemudahan :
  • 3 Bilik Seminar
  • Bilik Permainan
  • Gymnasium
  • Karaoke Lounge
  • Restoran  
  • Ruang Meletak Kenderaan
  • Bicycle untuk disewa - RM5/jam  
  • Mesin Runcitan
  • Kolam Renang
  • Telefon Awam  
  • Suratkhabar
  • Meja Pingpong  

Aktiviti :
  • Kem Kepimpinan
  • Ekpedisi mendaki Gunung
  • Mountain biking
  • Memanah/blow pipe
  • Nature Hunt
  • Night trekking
  • Tele-match
  • Program pembentukan sahsiah dan karektor berasaskan alam semula jadi

Muka Utama | Resort | Aktiviti | Panduan Perjalanan

Tapak Perkhemahan | Jejak | Peta Jejak | Legenda

Keluar