Make your own free website on Tripod.com
PANDUAN UNTUK MENUJU DESTINASI
 

MELALUI JALAN RAYA :

MEMANDU DARIPADA JOHOR/SINGAPURA KE SEGAMAT

Anda boleh memandu melalui Lebuh Raya Tebrau dan menuju ke Segamat. Biasanya perjalanan hanya mengambil masa 2 jam. Anda tidak perlu risau tentang panduan arah perjalanan ke Segamat kerana terdapat banyak signboard sepanjang perjalanan ke Bandar Segamat. Daripada Segamat, anda hendaklah meneruskan perjalanan ke Sagil, sebuah pekan kecil di mana terletaknya Gunung Ledang. Hanya 45 minit diperlukan untuk sampai ke Sagil daripada bandar. Dari sini ke Gunung Ledanghanyalah sejauh 1 km melalui jalan utama.

MEMANDU DARIPADA KUALA LUMPUR KE TANGKAK

Salah satu jalan yang biasa diambil untuk menuju ke gunung Ledang ialah dengan melalui Lebuh Raya PLUS ke arah selatan dan keluar melalui Tol Tangkak. Daripada Tangkak, anda hanya perlu meneruskan perjalanan ke Sagil dan menuju ke Gunung Ledang.

PENGANGKUTAN AWAM DARI JOHOR BAHRU KE SEGAMAT

Tambang teksi daripada Johor Bahru ke Segamat biasanya adalah lebih kurang RM 30 - RM 50 seorang. Akan tetapi jika anda ingin menyewanya, kadar tambang biasanya dalam lingkungan RM 120 - RM 150 bagi setiap perjalanan.

Tambang bas adalah lebih kurang RM 12 bagi setiap perjalanan daripada Stesen Bas Larkin, Johor Bahru. Terdapat 4 syarikat bas ekspres yang menawarkan perkhidmatan daripada Johor Bahru ke Segamat. Perjalanan biasanya mengambil masa 3 jam sahaja.

4 syarikat bas tersebut adalah:

  • Transnasional
  • Merdu Express
  • Damai Express
  • Cepat Express

Bas akan bertolak daripada Stesen Bas Larkin setiap setengah jam bermula 08.00 pagi.

Dari Segamat, anda bolehlah mengambil bas awam ( South West Bus ) ke Sagil. Kadar tambangnya hanyalah RM 2.50 seorang. Biasanya perjalanan mengambil masa antara 50 minit hingga 1 jam. Kekerapan perjalanan adalah satu bagi setiap setengah jam. dari sagi ke Gunung Ldang adalah sejauh 1 km.

PERJALANAN DENGAN KERETAPI

Dari Singapura / Johor

  Bertolak dari Singapura Bertolak dari Johor Bahru Tiba di Segamat
Keretapi Mel 0925 1023 1329
Ekspres Timuran 2055 2155 0013
Ekspres Rakyat 0800 0900 1132
Ekspres Sinaran Petang 1445 1535 1809
Ekonomi Siang 1810 1857 2228
Senandung malam 2210 2310 0214

Dari Segamat anda hendaklah menaiki bas awam atau teksi menuju Sagil

Dari Pulau Pinang / Kuala Lumpur

  Dari Pulau Pinang Tiba di Kuala Lumpur Bertolak dari Kuala Lumpur Tiba di Segamat
Express Sinaran Pagi - - 0740 1035
Ekspres Timuran - - - -
Ekspres Rakyat 0800 1434 1455 1748
Ekspres Sinaran Petang 1515 2157 - -
Ekonomi Siang - -   --
Senandung Malam 2200 0635 2230 0247

Muka Utama | Resort | Aktiviti | Panduan Perjalanan

Tapak Perkhemahan | Jejak | Peta Jejak | Legenda

Keluar