Make your own free website on Tripod.com

GUNUNG LEDANG

( Mt OPHIR )

Gunung Ledang, atau Mt Ophir dalam Bahasa Inggeris adalah barangkali gunung yang paling dikenali di negara ini. Semua ini disebabkan kisah penuh legenda yang membabitkan seorang sultan yang amat masyhur dengan seorang puteri yang tinggal di puncak gunung ini, iaitu Puteri Gunung Ledang.

Hakikatnya, gunung Ledang hanyalah sebuah gunung yang terletak di negeri Johor, bersempadanan dengan negeri Melaka. Gunung ini berketinggian 1,276 m, menjadikannya gunung tertinggi di Negeri Johor, dan yang 64 tertinggi di Malaysia.

Pada ketinggian ini, dapat dilihat panorama indah Selat Melaka daripada hari cerah, dapat dilihat dengan jelas pesisir pantai Sumatra.

Gunung Ledang merupakan destinasi yang paling ideal untuk tujuan santai dan berkelah, menikmati keindahan alam, flora dan fauna ciptaan yang Maha Esa dan juga bagi yang gemarkan cabaran, Gunung Ledang juga sangat sesuai untuk tujuan jungle trekking dan mount climbing. Tidak hairanlah jik gunung ini menjadi gunung yang plaing kerap didaki di Malaysia dan kisah penuh legendanya diabadikan dalam filem Melayu yang menelan belanja terbesar dalam sejarah pembuatan filem tempatan, Puteri Gunung Ledang.

Muka Utama | Resort | Aktiviti | Panduan Perjalanan

Tapak Perkhemahan | Jejak | Peta Jejak | Legenda

Keluar