Make your own free website on Tripod.com

LEGENDA PUTERI GUNUNG LEDANG

Kisah rakyat Melayu yang sungguh romantik, menjadi legenda serta warisan pengkisahan dan pengajaran generasi ke generasi, adalah tentang kejelitaan dan kemegahan Puteri Gunung Ledang.

Gunung Ledang terletak di Negeri Johor, berdekatan sempadan Melaka. Menurut legenda, uteri tersebut adalah seorang yang bertubuh ramping, berketinggian sederhana dan memiliki kecantikan semula jadi yang sengguh memukau. Puteri ini juga memiliki gaya serta lenggok yang memikat sesiapa sahaja yang melihatnya. Suatu perkara biasa apabila lelaki tergoda dengan kejelitaannya, termasuklah Sultan Melaka pada waktu itu. Berdasar kepada legenda, puteri ini akhirnya berkahwin dengan Nakhoda Ragam, seorang yang sangat digeruni oleh musuh dan sesiapa sahaja yang berani menentangnya. Akan tetapi, wira yang hebat lagi menggerunkan ini akhirnya menemui ajalnya di tangan permaisurinya sendiri, Puteri Gunung Ledang.

Alkisah suatu hari Nakhoda Ragam telah mengusik sang Puteri dengan menggeleteknya di bahangian pinggang, dan, atas tiandak balas yang di luar kawalan, sang Puteri itu telah tertikam dada suaminya itu dengan jaru yang berada di tangannya. Kerana terlalu terkesan dengan kejadian yang ebrlaku, sang Puteri telah membawa diri ke Gunung Ledang dan bersumpah untuk tidak sama sekali jatuh hati pada mana - mana lelaki lain, atas nama cintanya kepada suaminya yang telah meninggal dunia itu. Kapal Nakhoda Ragam, tidak lama kemudian, telah musnah akibat dipukul ombak. Untuk dijadikan cerita, legenda telah menyatakan bahawa tinggalan daripada kapal tersebut yang telah hancur telah bertukar menjadi enam buah pulau yang kini terletak di perairan Melaka.

Dikatakan bahawa dapur kapal tersebut telah menjadi Pulau Hanyut, bekas kuih/kek telah menjadi Pulau Nangka, jag air telah menjadi Pulau Undan, bekas bakar/api telah menjadi Pulau Serimbun, reban ayam menjadi Pulau Burong dan kabin bulan madu pasangan tersebut telah menjadi Pulau Besar.

Muka Utama | Resort | Aktiviti | Panduan Perjalanan

Tapak Perkhemahan | Jejak | Peta Jejak | Legenda

Keluar