Make your own free website on Tripod.com
AKTIVITI

Aktiviti di Gunung Ledang adalah mencabar dan mesra alam. Bergantung kepada keupayaan setiap orang, terdapat beberapa pilihan aktiviti, iaitu :

DI KAKI GUNUNG

Kepada pencinta alam dan pelancong, aktiviti - aktiviti yang boleh dibuat adalah  di sekitar kaki gunung, di mana Resort Gunung Ledang terletak. Di sini juga terletaknya air terjun.

Setiap pelawat perlulalah melalui  kawasan resort yang seluas 30 hektar di kaki gunung. Bayaran sebanyak RM 1.00 setiap orang dikenakan bagi proses penyelenggaraan kemudahan awam, seperti membersihkan tandas dan kawasan perkelahan. Terdapat juga laluan konkrit yang menuju ke Pejabat Renjer yang terletak diperingkat pertama air terjun. Ini adalah kawasan paling popular yang mana kolam - kolam air dilitupi batuan besar, menjadikannya kawasan mandi - manda dan perkelahan semula jadi yang sangat menarik. Di peringkat ini juga terdapat kabin untuk para pelawat bermalam.

PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI

Perjalanan selama 10 minit lagi akan membawa pelawat melihat keindahan Air Terjun Puteri ( Puteri Falls ). Pada peringkat ini, sehinggalah menuju ke puncak, terdapat jeram, tebing batu, gua, serta flora dan fauna yang menarik, eksotik dan mengagumkan.. Terdapat pelbagai spesies burung yang boleh dilihat di Gunung Ledang, dan para pelawat dinasihatkan agar membawa sendiri teropong/binokular untuk menyaksikan dengan lebih jelas keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan ini.Walau bagaimanapun, para pelancong/pendaki dinasihatkan agar berhati - hati, memandangkan laluan ke puncak boleh menjadi sangat berbahaya terutamanya ketika hari hujan. Kasut yang mempunyai daya cengkaman yang baik adalah sangat penting untuk keselamatan diri.

Bagi yang ingin berkhemah, terdapat beberapa pilihan tapak perkhemahan sepanjang laluan. Tetapi, perkhemahan adalah dilarang berhampiran jeram ketika hujan. Banjir kilat boleh melanda dengan tiba - tiba. Puncak bukit juga boleh menjadi terlalu sejuk, terutamanya pada lewat petang dan malam. Pelancong/pendaki digalakkan membawa bersama jaket dan pakaian tebal. Kabus tebal juga selalu berlaku dan menutupi pandangan sekitar puncak, tetapi kabus ini biasanya akan menghilang dengan cepat. Para pelancong/pendaki hendaklah sentiasa berwaspada agar tidak lari/terkeluar daripada laluan yang telah ditetapkan.

 

UNTUK YANG SUKAKAN CABARAN

Gunung Ledang boleh didaki daripada Melaka melaui Asahan dan menuju/turun daripada arah Johor serta sebaliknya. Biasanya, para pendaki mengambil masa 3 hingga 5 jam untuk menghabiskan satu trek pendakian. Laluan untuk pendakian telah ditanda dengan jelas untuk tujuan keselamatan. Laluan ini jugalah yang digunakan dalam 'Gunung Ledang International Challenge'. Para pendaki hendaklah memaklumkan kepada pihak rejner sebelum memulakan pendakian untuk memudahkan urusan keselamatan dilakukan.

Muka Utama | Resort | Aktiviti | Panduan Perjalanan

Tapak Perkhemahan | Jejak | Peta Jejak | Legenda

Keluar